Penang Tourist Centre (Collabration Partner)

20 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari yang lalu, telah berlangsung taklimat berkaitan dengan Penang Tourist Centre di Pusat Internet PPR Kerinchi. Taklimat ini telah melibatkan seramai 22 orang petugas Pusat Internet dari Celcom dan Maxis.

Taklimat ini menerangkan tentang kelebihan Travel Privilege Card yang ditawarkan oleh Penang Tourist Centre kepada pengguna. Dengan adanya travel privilege card ini dapat membantu menambahkan sumber pendapatan Pusat Internet yang terlibat. Pelbagai faedah yang ditawarkan melalui penggunaan kad ini seperti diskaun sehingga 40% tertaluk kepada terma dan syarat. Taklimat ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 jam dari pukul 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali